Получи случайную криптовалюту за регистрацию!

Jaga hati dari hasad. Hal yang tak kasatmata tapi cukup kuat | ♡

Jaga hati dari hasad.

Hal yang tak kasatmata tapi cukup kuat untuk mematikan akal sihat.
Kau boleh gila kalau tersesat.
Tak akan ada kata cukup bahkan buat sesaat.

Semua hal yang kau ada akan terasa jemu.
Kau mahu apa yang mereka punya.
Menuntut dari satu ke satu.
Adil-kah dunia jadi persoalan utama.

Memaki dunia dan seisinya.
Kerana kau tiada apa yang mereka ada.

Dendam dengan pencipta.
Hitam dan kelam menjalar di dada.
Memakan habis hati, menelan hidup-hidup jiwa.

Lambat-laun kau hilang jejak, nikmat yang pernah kau rangkul kau fikir palsu.
Apa yang mereka punya kau kira nyata.

Mustahil ada baik di penghujung nya.

Dunia tak tercipta mengikut definisi keadilan yang kau fikirkan.

Duduk diam-diam.
Andai hal gembira yang ditayang si asing mengusik jiwa.
Tutup mata, melangkah keluar.

Tak akan kau temui hasil dari dengki yang kau bela.
Hidup selayaknya.

Kembali berdamai dengan diri.
Berbahagia dalam bulatan sendiri.

210627 / 0030

@thearashys