Получи случайную криптовалюту за регистрацию!

Логотип телеграм канала @thearashys — ♡ T
Логотип телеграм канала @thearashys — ♡
Адрес канала: @thearashys
Категории: Без категории
Язык: Русский
Количество подписчиков: 22
Описание канала:

Just some random thoughts 💭

Рейтинги и Отзывы

3.33

3 отзыва

Оценить канал thearashys и оставить отзыв — могут только зарегестрированные пользователи. Все отзывы проходят модерацию.

5 звезд

1

4 звезд

1

3 звезд

0

2 звезд

0

1 звезд

1


Последние сообщения

2021-12-25 02:39:05 Mereka kata dewasa itu berat.

Dulu ketika aku masih terlena — ketika aku masih kira tahap tersukar kehidupan hanyalah ketika diri harus bertahan di atas pentas lakonan — kata-kata mereka hanya aku anggap sebatas jenaka.

Mereka hanya menokok-tambah agar terlihat hebat. Memangnya seberat apa untuk berpura-pura?

Kini, alam dewasa menyambut diri.

Aku tercampak keluar dari ekspektasi dengan kasarnya.

Pentas lakonan bertukar medan perang.

Yang lucunya hanya diserang dan dipertahankan oleh pihak yang sama.

Diri memegang perisai,
Diri juga yang menghunus pedang.
189 viewsedited  23:39
Открыть/Комментировать
2021-09-17 17:32:26 Jauh sangat dahtu melangkah.
Baliklah.
Fitrah manusia kadang terhanyut.
Tapi sampai bila?

Pikul beban rasa.
Menyesal tak kira waktu.
Tahu selalu leka.
Tapi masih degil nak mengaku.

Sibuk tanya kenapa.
Padahal jawapan depan mata.
Tapi saja buat-buat buta.
Sebab jawapan tak menangkan jiwa.

Esok lusa hati dah lena.
Sujud tak rasa apa.
Hari macam filem lama.
Hitam putih tak ada warna.

Bernyawa tapi tak bermakna.

@thearashys
279 views14:32
Открыть/Комментировать
2021-07-23 09:55:07 They told me to keep walking, to keep going.

They said I can do this.

Meski mereka tahu aku berada pada titik terapuh yang tak pernah aku bayangkan akan aku sentuh suatu hari nanti.

It's funny how they ask me to keep walking, to believe on myself. But the seconds after they said that, they walk away.

How am I suppose to believe on myself then?

And how do I survive?

@thearashys
344 views06:55
Открыть/Комментировать
2021-07-16 18:31:41 Hilang.

Tanpa sedar aku sudah hilang arah.
Dunia seakan tidak sama.

Asing,
Terlalu asing.

Baru sebentar aku pejam mata.

Tapi mengapa perubahannya terlalu nyata
?
344 views15:31
Открыть/Комментировать
2021-07-03 14:52:06 I know it's too early untuk ada azam 2022.

But being a person yang selalu wish she can start from the beginning ni susah.

Once i messed up, terus hilang kendali. Tak tahu mana arah nak langkah lagi.

I want to start from zero. Padahal boleh fix that thing, but i have this concept in my mind yang benda tu dah hancur. I can do nothing except mula bina balik benda yang sama.

I really hate that thought.

So for me, this year didn't go well. At least until here, it's already terrible.

Tahu masih ada months before 2022. But i dah start wish time flies fast so i can step on 2022 and start build those thing yang i failed miserably this year.

I'm battling with myself. Keep remembering that i can start now. Fix it, build it back.

But that's it!! I can't, and i hate the fact that i can't.

Idk, what's wrong with me.
55 views11:52
Открыть/Комментировать
2021-06-30 17:24:57 You don't have any idea about the hell that person go through.

Silakan mengeluh.
Silakan bersedih.

No one will judge you.

But you choose the wrong step.
Semesta bukan kejutkan kau seorang.

Setiap bahu ada beban.
Mungkin berbeza tapi tetap sama berat.

Kau mungkin kawan.
Setiap keluh-kesah kau, kena aku dengarkan.
Selalu sedia bahu untuk kau sandar.

Cuma tolong, kadang kata-kata boleh membunuh.
Status persahabatan tak akan selamanya jadi perisai kebal dari kesakitan.

Berhenti membandingkan. Luka mana lagi dalam. Beban mana lagi payah.

"Kau lainlah, hidup senang. Bukan macam aku"

Kau bergurau?

@thearashys
314 viewsedited  14:24
Открыть/Комментировать
2021-06-26 19:30:54 Jaga hati dari hasad.

Hal yang tak kasatmata tapi cukup kuat untuk mematikan akal sihat.
Kau boleh gila kalau tersesat.
Tak akan ada kata cukup bahkan buat sesaat.

Semua hal yang kau ada akan terasa jemu.
Kau mahu apa yang mereka punya.
Menuntut dari satu ke satu.
Adil-kah dunia jadi persoalan utama.

Memaki dunia dan seisinya.
Kerana kau tiada apa yang mereka ada.

Dendam dengan pencipta.
Hitam dan kelam menjalar di dada.
Memakan habis hati, menelan hidup-hidup jiwa.

Lambat-laun kau hilang jejak, nikmat yang pernah kau rangkul kau fikir palsu.
Apa yang mereka punya kau kira nyata.

Mustahil ada baik di penghujung nya.

Dunia tak tercipta mengikut definisi keadilan yang kau fikirkan.

Duduk diam-diam.
Andai hal gembira yang ditayang si asing mengusik jiwa.
Tutup mata, melangkah keluar.

Tak akan kau temui hasil dari dengki yang kau bela.
Hidup selayaknya.

Kembali berdamai dengan diri.
Berbahagia dalam bulatan sendiri.

210627 / 0030

@thearashys
286 viewsedited  16:30
Открыть/Комментировать
2021-06-16 17:17:20 16 June 2021

Tanpa sedar semua sudah di pertengahan.

Pertengahan bulan.
Pertengahan tahun.

Entah cuma aku atau semua orang rasa benda yang sama.

Tahun ni masih sama berat dengan tahun sebelumnya.

Kehilangan,
Penyesalan,
Buntu.

Tapi mengeluh bukan penyelesaiannya.

Masih ada gembira, tawa dan hangat yang perlu disyukuri.

Meski pahit, walau berat. Aku harap korang kuat.

Semoga korang nampak sisi cerah dalam gelap yang menyelubungi korang.

Hahaha. It's kinda random. But I hope you guys will doing good until the end of 2021.

Fighting

@thearashys
64 viewsedited  14:17
Открыть/Комментировать